Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :
1. Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab
dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat
dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap
semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah
amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab
menanti di akhirat.
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa
mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan
semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam
remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa
ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang
berjaya melepasi rintangan itu.