Sunday 9 December 2012

Tazkirah Dan Muhasabah Diri


Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

1.  Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

2.  Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

Sunday 2 December 2012

Lagu Alif Ba Ta

Pendidikan Islam meliputi 6 bidang utama iaitu Tilawah Al-Quran, Akidah, Adab, Ibadat, Sirah dan Jawi. Sebagai asas pendidikan islam murid perlulah mengenal huruf terlebih dahulu .Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan oleh guru untuk murid mengenal huruf hijaiyah. Selain latih tubi, melalui kaedah nyanyian juga dapat menarik minat murid untuk mengingati huruf . Berikut ialah contoh lagu huruf Alif , Ba , Ta.



Saturday 24 November 2012

Rukun Islam

Rukun Islam merupakan tajuk tahun 1.Tajuk ini diajar kepada murid tahun 1 kerana ia  merupakan asas utama menjadi seorang muslim yang sempurna.Kewajipan ini amat penting diterapkan kepada kanak-kanak diperingkat awal lagi .Sebagai guru pendidikan islam mestilah memberi penekanan dan penjelasan secara terperinci agar murid-murid tidak keliru tentang kandungan rukun islam yang wajib dilaksanakan.
Rukun Islam













Thursday 22 November 2012

Cabaran Guru Pendidikan Islam



Cabaran : Minat dan perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Kebanyakan murid berpandangan bahawa Pendidikan Islam hanyalah salah satu dari mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Bagi pelajar yang beragama Islam, mereka diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran ini. Ramai di antara mereka yang bersungguh-sungguh menguasai mata pelajaran ini semata-mata untuk memperolehi A di dalam keputusan peperiksaan. Sedangkan fungsi Pendidikan Islam jauh lebih besar daripada itu. (Che Noraini Hashim, 2005)

Tuesday 20 November 2012

Lembaran Kerja Tajuk Berwuduk


توليس  سمولا توجوان بروضوء فد ضمبر يغ بتول

منونايكن صلاة    
           ممضغ دان ممباخ القرأن        
                                             برطواف

Sunday 18 November 2012

Kemahiran Membaca Jawi Cepat




Kemahiran membaca jawi untuk murid-murid tahap satu bermula dengan mengenal huruf jawi.Seterusnya melalui kaedah sifir secara nyanyian suku kata membantu murid untuk mengenal bunyi sukukata terbuka dengan lebih berkesan. Ia boleh dilakukan  setiap kali matapelajaran pendidikan islam bermula. Setelah hafazan bacaan solat 5 minit , murid menyanyikan sukukata terbuka dengan melihat carta yang dipaparkan.

Wednesday 17 October 2012

KATA-KATA HIKMAH




Kesabaran Dan Ketekunan Pastikan Membuahkan Kejayaan .Apapun Teruskan Perjuangan......

Monday 24 September 2012

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum, Salam perkenalan. Sesiapa sahaja  melawati laman blog ini sudi-sudilah kiranya memberikan komen untukku