Thursday, 22 November 2012

Cabaran Guru Pendidikan Islam



Cabaran : Minat dan perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Kebanyakan murid berpandangan bahawa Pendidikan Islam hanyalah salah satu dari mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Bagi pelajar yang beragama Islam, mereka diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran ini. Ramai di antara mereka yang bersungguh-sungguh menguasai mata pelajaran ini semata-mata untuk memperolehi A di dalam keputusan peperiksaan. Sedangkan fungsi Pendidikan Islam jauh lebih besar daripada itu. (Che Noraini Hashim, 2005)

Apabila sudah begitu perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, mana mungkin akan timbul minat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Jauh sekali untuk menghayati pelajaran tersebut. Kesannya apabila tiba giliran mata pelajaran ini, murid-murid tidak melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. Hanya segelintir sahaja murid yang mungkin memberikan tumpuan. Tetapi diganggu pula oleh murid-murid lain yang bising di dalam kelas. Apabila situasi ini berlaku, pembelajaran yang kondusif di dalam kelas tidak dapat diwujudkan.

Cara penyelesaiannya :

Jadi di sini, nampak bahawa guru perlu memainkan peranan yang penting. Guru perlu menerangkan hakikat Pendidikan Islam di sekolah di mana ia mempunyai dua tujuan besar iaitu untuk memberi pengetahuan agama Islam kepada pelajar sebagai satu pelajaran untuk tujuan peperiksaan dan peranan paling besar ialah untuk membimbing murid sekolah agar menghayati agama Islam untuk tujuan amalan dan penghayatan. Jadi, selain pelajar menguasai fakta-fakta untuk tujuan peperiksaan, mereka juga harus dibimbing untuk mengamal dan menghayati agama Islam. Tugas kedua ini adalah sesuatu yang tersirat dalam tugas guru Pendidikan Islam. Ini harus disedari oleh semua guru Pendidikan Islam kerana tugas mereka tidak hanya terhad kepada memberi pengetahuan agama sahaja sebagaimana yang digariskan dalam sukatan pelajaran tetapi juga menanam minat dan cinta terhadap agama yang menjadi pegangan hidup mereka. (Azman Wan Chik, 1987)
Namun persoalannya ialah berapa ramai guru yang menyedari hakikat ini?
Adakah mereka berusaha lebih daripada menyalurkan ilmu untuk tujuan peperiksaan sahaja? Adakah mereka mampu menjadikan bilik darjah itu menarik dan murid-murid minat untuk mendalaminya?

6 comments:

  1. Assalamualaikum, memang benar sekali untuk menerapkan islam ke dalam diri anak-anak di zaman yang serba moden ini tidaklah semudah yang disangkakan.Penghayatan Islam sebagai satu cara hidup mestilah dimulakan sejak di rumah lagi, apabila murid ke sekolah ianya bukanlah sesuatu yang asing tetapi lebih kepada kesinambungan apa yang telah dipelajari di rumah. Sikap ibu bapa yang terlalu menyerahkan pendidikan agama anak-anak kepada pihak sekolah amatlah dikesali..semoga ustazah antara insan yang terpilih mendaulatkan islam di dalam diri anak-anak didik agar mampu menjadikan Islam sebahagian daripada cara hidup mereka.

    ReplyDelete
  2. Bagus bahan yang cikgu paparkan untuk diaplikasikan oleh anak-anak malahan diri sendiri juga. Tahniah pada cikgu.

    ReplyDelete
  3. semangat guru seperti kita amat diperlukan.......

    ReplyDelete
  4. jom berjuang memartabatkan Pendidikan Islam....

    ReplyDelete
  5. sekarang sudah menjadi trend, murid2 berlumbe2 dapatkan A tetapi praktikal di dalam kehidupan amat jauh sekali...sedih melihat bangsaku hari ini...

    ReplyDelete
  6. http://www.tvmakmur.com/makmur-fm

    ReplyDelete

Jangan lupa Komen