Sunday 9 December 2012

Tazkirah Dan Muhasabah Diri


Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

1.  Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

2.  Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

Sunday 2 December 2012

Lagu Alif Ba Ta

Pendidikan Islam meliputi 6 bidang utama iaitu Tilawah Al-Quran, Akidah, Adab, Ibadat, Sirah dan Jawi. Sebagai asas pendidikan islam murid perlulah mengenal huruf terlebih dahulu .Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan oleh guru untuk murid mengenal huruf hijaiyah. Selain latih tubi, melalui kaedah nyanyian juga dapat menarik minat murid untuk mengingati huruf . Berikut ialah contoh lagu huruf Alif , Ba , Ta.